Kelmarin ada satu pesta makan durian kt rumah Kak Ana..fughh,memang best..durian tu beli di Sik..lepas tu mkn kat umah kak ana..21 biji semuanya..
Wednesday, May 19, 2010
Pesta makan durian..
Kelmarin ada satu pesta makan durian kt rumah Kak Ana..fughh,memang best..durian tu beli di Sik..lepas tu mkn kat umah kak ana..21 biji semuanya..
Sunday, May 16, 2010
Saturday, May 8, 2010
kerja, kerja, kerja...
arini aku kena kerja..jadi driver..huhu..aku kena bawa 2 team outreach kt sp..team 1 cc murinah dan kak ana kat billion SP..lagi 1 kak bedah dan sri kat Centre Square..aku kat tengah-tangah..nak bagi adil..tadi aku lepak kat Centre Square dulu..sekarang nie aku duduk kat Billion pula..hehe..dah la tengah mengantuk nie..semalam aku tidor lewat..pukul 4 pagi..tak tahu kenapa aku tido lewat..huhu..oklah..aku nak sambung kerja ni..kang nanti ada orang soal siasat aku pula..mana tau kan..
Wednesday, May 5, 2010
Tuesday, May 4, 2010
Hari yang di tunggu dah pun tiba..Final Audit 5s
Sesi taklimat..
Bacaan doa..
Kelmarin PPN Kedah telah mengadakan final audit untuk 5s..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..sekarang ni PPN Kedah baru melangkah satu kaki kehadapan untuk mendapatkan sijil..segala-galanya akan terjawab dalam masa seminggu lagi..apa pun juruaudit telah memberi hint bahawa PPN Kedah bakal menjadi SPR yang pertama mendapat sijil 5s untuk Semenanjung Malaysia manakala tempat ke 2 dalam Malaysia selepas sabah bah....
Wednesday, April 28, 2010
buat salah, tak buat pun salah..
Macam biasala..aku datang kerja seawal jam 6.15 pagi..sebab aku bertolak dari rumah aku kat padang terap..malam-malam aku sedih dan aku terpikir, kenapa jadi macam ni..aku dengan semangat nak pergi kerja..tapi bila dah sampai opis aku betul-betul tak senang..entahla..mungkin nasib aku begini..aku nak cuba wat yang terbaik..tapi apakan daya..biarlah..aku nak cuba ubah diriku ni..mungkin selama ni ada orang tak suka kat aku..aku tak perasan pulok..huhu..aku nak minta maafla pada semua orang..
Tuesday, April 27, 2010
mulakan hidup baru..
Salam 1Malaysia..dah lama aku tak tengok blog aku ni..entah apa jadi pun aku tak tahu..tapi yang pasti aku nak berubah diri aku..aku nak mulakan hidup baru..aku nak cuba untuk jadi seorang pendiam..tak tahu la..mungkin nasib aku jadi begini..bila aku ceria, ada orang tak suka..aku nak hiburkan hati semua semua orang..tapi aku dah perangkap diri aku sendiri aku..ada orang tuduh aku macam-macam..tak ikut arahan la..hempas fail la..tapi semua aku tak buat..sejahat-jahat aku aku boleh fikir yang mana baik dan buruk..bila balik dari PRK Hulu Selangor, macam-macam cerita yang aku dengar..aku dah tak tahu nak wat macam mana..biarlah..yang pasti Allah mengetahui segala-galanya..aku tukar laluan untuk hantar Rang daftar Pemilih sebab aku nak ambil baju untuk dibawa ke Shah Alam..rumah sewa aku sekarang ni teng renovate..kenapa semua orang tak faham..aku sekarang ni berulang alik dari Padang Terap-Alor Setar sejauh 45 km sehala..tapi semua orang tak faham..arini pula aku penat..tetiba aku disuruh ke Kulim..bukan aku saja-saja tak mau pergi..tapi aku penat..aku pergi PRK pun bukan untuk jalan-jalan..tapi untuk bekerja..bantu Tuan Timbalan aku..tapi ada orang kata syok sebab dapat pergi jalan-jalan..percaya atau tidak, pada hari mengundi kami bertolak pukul 6 pagi..dengan tak sarapan cuma hanya berbekalkan kacang 2 bungkus (kecil), air mineral, air kotak, biskut tiger..pukul 9 malam baru aku jumpa nasi..tapi semua orang tak faham semua itu..tak apelah..aku harap-harap mereka akan sedar semua tu..aku pun nak minta maaflah kalu aku ada wat salah..mungkin ada yang sedar atau tidak..MAAFKAN AKU..
Sunday, April 18, 2010
Outreach di kedai cucuq kat Gurun
Arini aku,hazyy dan sri ada outreach kt Giant kulim..Kak ana,hidayah,amiq ada outreach kt hospital SP..ramai jugalah yang daftar..waktu balik aku lalui jalan lama..sebab permintaan depa nak beli kuih kt Gurun..jadi,aku pun singgah kat kedai cucuq tu..eh terlupa..masa kt Giant tu aku beli mamma roti..ala roti kopi tu..kira belanja la..sebab sri dgn hazyy tak penah makan..hehe..ok berbalik cite..beli lah cucuq jagung dengan keripap tu..apa yang bagusnya,sempat lagi depa tanya makcik tu dah daftar ke belum..makcik tu jawab belum lagi..si amiq tu pun p la amibil borang pendaftaran..daftar lah makcik tu..cadangan aku.apa kata kalu kita buka kaunter outreach kat kedai cucuq tu..mesti la ramaikan..hehehe
Tuesday, April 13, 2010
Kajian anggur Sik
anggur hitam..
Dua penyelia tapak projek..hehe..xadalah..kak ana dan ke bedah tu..
ini dia hasil tanam orang melayu..melayu boleh..
Kelmarin (semalam) ada satu kajian ke atas orang yang meninggal dunia..jadi aku, kak ana dan kak bedah kena untuk Parlimen Pendang dan Sik..kami bertolak pun dah pukul 8.30 pagi..alhamdulillah semua kerja dapat setel juga..dalam perjalanan ke Sik kami singgah sebentar di Taman Anggur Beris..kira sampai di situ kami di bawa melawat ladang anggur..konon-konon macam pelancong la..hehe..banyak juga buah di situ..kira sempat juga la beli buah anggur dan jus..hehe
Saturday, April 10, 2010
Kerja daa..
Arini aku, kak ana dan kak bedah berada di Econsave SP..buka kaunter..mari-mari daftar..anda penentu masa depan negara..hehe..promote lagi tu..sehingga sekarang baru dapt 2 orang..nasib baikla ada wireless..tak lah boring sangat..hehe...
Thursday, April 8, 2010
Hari ketiga sebelum balik..
aku dengan akak merangkap sifu aku...
7 April 2010 hari terakhir..sebelum balik aku ke putraya dulu untuk mengambil barng..then ambil masa pergi ke Salak Tinggi untuk tengok projek fasa terakhir umah baru tuan timbalan aku..hehe..besar juga rumah tuan timbalan aku ni..apa pun yang pentong bilik tidur tetamu kena ada..mana tau kot-kot aku sesat kat sana ke..hehe..then masa sebelum balik masuk KL jap..beli kasut baru..hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)