Monday, February 22, 2010
Bercuti bersama 'si dia'....
Setelah 4 hari aku bercuti bersama keluarga, 18 Februari 2010 yang lalu aku telah bercuti bersama si dia pula..aku membawanya ke Padang Besar, Perlis..di sana aku telah menghadiahkan dirinya dengan sebuah handbeg baru..hehe..boleh tahan juga harga dia..sebelum tu kami pergi makan dekat anjung keli..wah, sedap giler kat situ..orang pun ramai..segala jenis masakan ikan keli ada disitu..semasa perjalanan balik, aku singgah sebentar di Jitra..ada sebuah garden di situ..sempat jugala bagi ikan makan..hehe...
Sunday, February 21, 2010
Hari terakhir..
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor
Masjid Sultan Abu Bakar
Masjid Sultan Abu Bakar
Zoo Johor..
Hari ni hari last aku ke JB..hari ni abang ipar aku kerja di Singapura..jadi akulah pemandunya..hari ni aku tak kemana-mana..aku bawa pergi Zoo Johor..singgah solat di Masjid Sultan Abu Bakar..dan dikesempatan ni, aku berpeluang melawat MAkam DiRaja Bukit Mahmoodiah..aku singgah sebentar dan sejarah sekali lagi terpahat dalam diri aku..pertama kali aku masuk makam..disana aku melawat kubur Sultan Johor yang telah mangkat baru-baru ni..al-Fatihah..mudah-mudahan Allah akan tempatkan almarhum bersama-sama orang yang soleh..pada sebelah petang,aku ke JUSCO bukit Indah sekali lagi..dan pukul 7.45 malam aku dan family bertolak ke LTAS..flight aku pukul 9.35 malam..dan aku sampai dirumah pada pukul 12.30 malam..waa, ngantuk giler..
15 Februari 2010..
Menara Taming Sari
Hadapan Menara Taming Sari
Air Panas Sg Gerisik, Muar
Ini hari kedua aku di JB..hari ini aku dan family ke Melaka..kami jalan melalui Batu Pahat dan Muar.. saja ambil jalan lama..konon-kononnya nak cuba mee bandung Muar..tapi memang sedap sungguh mee dia..tengah layan mee bandung aku terserempak dengan Hermanizam..satf SPR KL..sempat juga berborak dengan dia..dalam perjalanan juga kami singgah sebentar di Air Panas Sg Gerisik..kira bolehlah..ramai juga hari tu..kami sampai di Melaka pun pukul 4 petang..terus ke Menara Taming Sari..hehe..best juga menara juga..ala-ala menara berputar la..nampak seluruh Bandar Hilir..hehe..malamnya kami sekeluarga naik Melaka River Cruise..kapal ni melalui Sg Melaka je..kira nampak la tapak warisan dunia..sebelum balik Johor, kami makan kat Medan Selera Air Keroh..mulanya nk ke Umbai..tapi dah lewatkan...nak balik JB lagi..
Cuti Tahun Baru Cina..
Penang - JHB, inilah pesawatnya..
Bergaya anak sedara aku nie..
JUSCO Bukit Indah, besar sungguh JUSCO nie..
aghh, inilah hasil daripada makan malam tu..
aghh, inilah hasil daripada makan malam tu..
14-17 Februari 2010, aku, mak, ayah, anak buah dan abang aku (kira 1 family laa..) tlah bercuti ke Johor Bahru untuk kerumah kakak aku aku di Taman Perling..aku ke sana melalui pengangkutan udara..tepat pukul 12.00 tengah hari, kami berlepas ke johor Bahru melalui Air Asia dari Penang terus ke Johor Bahru..1 jam 5 minit perjalanan kami..disana kakak dan abang ipar aku telah menunggu kami di LTAS..ini kali kedua aku bawa family aku menaiki kapal terbang..sebelum ni, aku bawa family aku naik MAS dari KL-AS..kira ada beza la MAS dengan Air Asia kata ayah aku..hehe..tiba di sana aku dan family aku berehat..tapi,menjelang petang aku, kakak, abang dan abang ipar aku ke JUSCO Bukit Indah..saja jalan-jalan menjamu mata..hehe..sebelah malamnya pula kami ke Senibong..wah makan besar malam tu..kira makan malam family la..hehe...
26 tahun,akhirnya...
Balai Penghadapan baru
Tanggal 13 Februari 2010 telah mencatat sejarah dalam hidunku..setelah 26 tahun aku telah di beri peluang untuk melawat Istana Anakl Bukit bersama Mokhsin..apa yang tersemat dalam ingatanku,aku telah masuk ke dalam Istana Kuala Chegar..fuhh,aku kagum dengan Istana Anak Bukit..memang cantik..selama ini aku hanya melihat pintu pagar istana yang berwarna keemasan,tetapi didalamnya begitu cantik..aku telah melihat Balai Penghadapan yang baru..fuh..teruja aku..kalau diizinkan lagi,aku ingin masuk sekali lagi dalam istana tersebut..
Wednesday, February 10, 2010
Kenyang..
tuan TPPN aku sedang kusyuk ..tp tengok apa tu
Waktu ketibaan
Ni masa makan tengah hari kat Dee Pumpong..kira gambar ni menunjukkan tengah kenyang la..hehe..semua yang terlibat dengan program rasmi ni makan di situ..kira arini xpayah keluarkan duit la..rezeki datang..alhamdulillah..hehe..lepas makan semuanya pulang ke pejabat, ada ke hotel dan masjid..kemudian aku dengan fazli ke airport pula..standby dan tengok bilik VIP di sana..
Ni masa makan tengah hari kat Dee Pumpong..kira gambar ni menunjukkan tengah kenyang la..hehe..semua yang terlibat dengan program rasmi ni makan di situ..kira arini xpayah keluarkan duit la..rezeki datang..alhamdulillah..hehe..lepas makan semuanya pulang ke pejabat, ada ke hotel dan masjid..kemudian aku dengan fazli ke airport pula..standby dan tengok bilik VIP di sana..
penang...
kelmarin aku ke penang dengan tuan timbalan aku..aku ke sana untuk jemput Dato' Nordin..pukul 5 kami bergerak dari sini..nasib baikla jalan tak jammed sangat..kalu x,fughh penat juga..hehe..gambar di atas tuan timbalan aku yang ambil..nasib baik dia sporting..(tima kasih abg)..hehe..jasamu tetap ku kenang...
Sunday, February 7, 2010
TERIMA KASIH AYAH..TERIMA KASIH IBU..
Perhimpunan Bulanan Wisma Persekutuan..
Hari yang ditunggu dah pun tiba..kehkeh..Perhimpunan Pagi Wisma Persekutuan..buat pertama kalinya SPR Kedah jadi host..hehe..kira apa yang dirancang berjalan dengan lancar..alhamdulillah syukur..aku pula baca doa..dari semalam aku menghafal..hehe..apapun aku tabik timbalan aku..berucap macam seorang ahli politik..gue tabik lu bro..hehe..lepas ni bila turun makan kat bawah jambatan mesti orang cakap.."ooo,dia tu timbalan noh"..hehe..fughh..tumpang gembira dengan abangku ni..hehehe...
5s...
waktu ni aku tengah mempengerusikan mesyuarat 5s Zon Savvy..hehe..tengokla gambar tu..apa aku dengan timbalan aku tengok..mesti ada something..hehe..sungguh kusyuk..waktu mesyuarat 5s aku ditengah..timbalan aku disebelah..tp bila mesyarat lain,hehe aku kt tepi timbalan aku kt tangah pula...silih berganti katakan..hehe..oklah cau cin cau...
Saturday, February 6, 2010
unit bergerak kat Billion,SP
Sekarang aku berada di Billion, SP..waduhh..tak tahan eden..tapi nasib baiklah tempat ni sejuk..orang pun xlah ramai sangat..bolehla..tapi yang menarik dapat tengok kaum cina wat persiapan Gong Xi Fa Cai.fuhh..bestnya..tak sabar aku nak sambut bulan Ramadhan n Syawal..hehe..aku kat sini dengan amir,kak pah, dan kak timah..kami borak macam-macam kat sini..hehe..tapi tak mengumpat sapa-sapa yea...hehe..okla..cau cin cau..
aii..inilah teratak baru aku di kampung..aku dah berpindah ke sini sejak 1 Januari 2010..alang-alang tahun baru,azam baru,so rumah pun kena baru...hehe..besar juga teratak nie..ada 5 bilik..aku ambil bilik yang last dekat dengan dapur..hehe..tp teratak ni belum siap sepenuhnya lagi di bahagian luar..aku bercadang nak letak tar di halaman rumah aku..kira kalu hujan tak becak la..aku dan family aku bercadang nak cat warna hijau lumut kat luar..mesti menarik..sebab dalam aku dah cat warna hijau pucuk pisang..hehe..apapun hijau tetap menarik bagi aku..hehehe...
Thursday, February 4, 2010
Baru sampai di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit..hari Ahad ni SPR Kedah akan jadi host untuk perhimpunan pagi..so,td aku dan 1 team pergi melawat..kira setting tempatla..ptg ni nak kena pergi sekali lagi..persiapan yang terakhir..waa..ari ahad nanti, aku pula kena baca doa..waa..sahibul samahah la pula..tp apa yg paling penting semua orang akan tunggu ucapan dari Tuan Timbalan aku..hehehe....
Tuesday, February 2, 2010
thanks you sayang..
1st, heppy belated birthday..semoga murah rezeki dan panjang umur..tp yang sedihnya masa birthday tu,aku dalam penerbangan ke Sabah..apapun,aku nak ucapkan terima kasih kepada 'si dia' kerana telah banyak menolong aku..sepanjang 'si dia' bersama aku,aku rasa seronok bangat..hampir 7 tahun kami bersama (14 Ogos 2003)..fughh..insya Allah kalu tak ada apa-apa kami akan berkahwin tahun depan..(MAC 2011)..doa2kan kebahagian kami..apapun,I LOVE U SAYANG...I MISS U..I NEED U DARLING..
syok ada blog sendiri
setelah tempoh percubaan dah habis, aku rasa amat gembira sangat sebab ada blog aku sendiri..aku akan menceritakan apa yang berlaku ke atas diri aku..apapun,aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada cikgu aku, akak azfaliza kerana telah mengajar aku untuk membina blog ini..harap-harap akak sudi lagi mengajar din selepas ini..
Monday, February 1, 2010
ke Sabah baa..
14 - 17 Januari 2010 lalu, telah tercatat sejarah dalam hidupku..aku bersama-sama 31 orang yang telah berkunjung ke Negeri di bawah bayu..fuhh..2 jam 45 mnt kami merendah awan biru..tepat jam 12.45 tengah hari kami dh sampai kt KKIA terminal 2..sampai-sampai saja kami disambut oleh wakil PPN Sabah..kami dibawa ke Marina Court..Pukul 3 petang pula, semua ahli rombongan ke PPN Sabah..fuhh..aku betul-betul terharu dengan layanan depa..sambut dari pintu masuk sampai hantar balik..opis depa pun mak aii,cantiknya..
Subscribe to:
Posts (Atom)